13 September 2009

kematian - 1

kalau gua nak cite pasal "kehidupan" sebenarnya lebih mudah dari cerita pasal kematian...tp gua nak cite jgk pasal mati ni...sbb kematian ni penuh dgn kerahsian...kalau nk cite pasal "kehidupan" ni senang sbb bukankah kita ni hidup secara teorinya, jadi segala berkenaan "kehidupan" adalah lebih mudah dijelaskan...
seseorg dianggap mati apabila denyut nadinya berhenti..tp tu definasi dulu lah beb...skang ni byk dah teknologi yg bleh menentukan secara jitunya lagi kematian seseorg itu seperti kegunaan alat EEG (electroencepphalogram)...alat EEG ni bleh mengesan gelombang listrik otak (kalau gelombangnya datar maknanya lu dah mati lah)....maknanya kalau lu org punya nadi tu dah tak berdenyut, tak semstinya lu org dah mati (sbb ada sesetengah org yg berkesedaran tinggi mereka bleh mengawal denyutan nadi mereka sendiri ini dipanggil "mind over body". kadang2 mereka bleh mematikan denyutan nadi mereka utk beberapa saat, minit dan jam.....tapi secara zahirnya mereka masih lagi hidup)...ibarat mcm ikan haruan,puyu dan keli atau belut. pada waktu musim kemarau ikan jenis ini akan merendahkan kadar metabolisme mereka sehingga mereka mati dari segi zahirnya, sehingga dari mata kasar kita dpt melihat bahawa mustahil utk ada kehidupn di dlm lumpur yg merekah dan kering kontang, tp bila tibanya hujan, dgn ajaibnya muncul ikan2 ini dari celah2 rekahan lumpur itu....waahh "ikan2 ni turun dari langit" itu ckp org2 lah...mungkin lu org pun akan ckp benda yg sama.....hehehehe....mungkin bleh jgk dari langit ( itu pendapat lu org, wa no comment)...
melihat kepada kehidupan kita seharian, kematian adalah suatu kemestian (jatuh tangga bleh mati,langgar keta bleh mati,telan batang jagung bleh mati,tgh having sex pun bleh mati dan mcm2 lagi risiko lagi utk manjadikan kematian)...setiap org mengaku dirinya akan mati kerana kematian itu wajib dan akan meninggalkan kehidupan di bumi ini....(org gila je yg tak tau dia akan mati)....
tapi siapa yg akan meninggalkan bumi ini???....haaaa...ni yg nak cite skit kat lu org ni...setiap agama mangajarkan bahwa ada "diri" yg berada didlm tubuh jasmani ini...ada yg mengatakan bahwa "diri" itu "jiwa" dan ada pula yg menyebutnya "nyawa" atau "sukma"...kalau islam pula memanggilnya sebagai "roh" kalau budak2 TESL dia akan panggil "soul"....apapun panggilannya tak menjadi masalah pun sbb ianya benda yg sama (secara prinsipnya mati adalah perginya "roh" etc meninggalkan tubuh jasmani yg hidup di bumi ini).....itulah secara prinsipnya tentang kematian.....bersambung di KEMATIAN!!!!! part 2....wa nak tidur@ nak mati jap!!!!!

03 September 2009

Manusia Berdiri Di atas Pendapat


kenapa gua kata kita berdiri atas pendapat??? cuba lu org pikir.....kenapa lu org semua kata emas itu berharga? perak itu berharga? berlian itu berharga? dan segala batuan2 perhiasan itu berharga??....sapa yg letak kan nilai kepada semua benda2 itu? handbag gucci yg awek lu org pakai itu berharga? kasut nike lu org pakai tu berharga (walaupun lu org beli yg siam punya) dan byk lagi benda2 berharga yg lu org tak tau kenapa dia berharga secara realistiknya...bukan kah semua itu berdasarkan pendapat?? persekeliling lu yg menilai sesuatu itu berharga berdasarkan pendapat...sedangkan emas,perak dan berlian tidak boleh dikunyah atau dimkn......sbenarnya lu org semua tertipu selama ini beb....percayalah...lu org semua sudah kena kencing...(termasuklah gua)....ni gua cuba nak terangkan sedikit lah supaya lu org tak terbau hancing di kencing lagi....sebenarnya pendapat itu telah menjadi suatu kebenaran. mula2 hanya ada sekelompok sahaja org berpendapat bahwa emas itu berharga (gua amik contoh emas je lah ye.lu pandai2 lah kaitkan nnt) atau bernilai dari makanan...tetapi kerana pendapat itu lahir daripada sekelompok org yg berpengaruh, maka lahirlah ianya sebagai kepercayaan. org lebih percaya pada emas dari makanan. meskipun makanan lah yg membuatkan manusia mempertahankan hidupnya...tetapi manusia lebih percaya bahawa dapat hidup dgn sekilogram emas daripada sekilogram beras........maka lebih baik lu org jual sahaja barang kemas lu org semua dan join gua bukak ladang pisang tanduk kat tg.malim!!!!

Jangan rosakkan pikiran budak-budak

Lu orang mesti biasa dengar ayat mcm ni " Kalau Ali lulus spm ni abah belikan Ali Playstation2"

Atau lagu ni " Tepuk amai2 belalang kupu2, adik jgn nangis nnt mak bagi upah susu mak".

Mereka akan melakukan sesuatu kerana ganjaran.

Jangan rosakkan pikiran budak-budak.




02 September 2009

Syair Jamban

jamban lama
tukar baru
jamban lama
tukar baru
buang yg lama
tukar yg baru

yg lama banyak jasa
yg lama banyak tahan beban
yg lama mcm kawan
yg lama sudah paham isi perut ku
yg lama sama2 memikirkan

yg baru teragak-agak
yg baru kena di ajar
yg baru terlalu sopan
yg baru masih bersih
tahi ku jadi segan

jamban lama
jasa mu dikenang
syair tribute ini khas utk mu
mengenang sejarah tercipta
antara kau dan aku.



01 September 2009

Salam Dari GuaGua-LuLu


Selamat Berbuka Puasa Di sepanjang Bulan Ramadan ini Dari GuaGua-LuLu...